Tugasan Minggu 7
Mengaplikasikan Model
Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
Model Pemprosesan Maklumat
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak. Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.
Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak. Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.
Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
i. Andaian
kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
ii. Pengaliran
maklumat dua hala
iii. Kawalan
eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat
kembali dan lupaan.
iv. Manusia
disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.
Ingatan Jangka Pendek ('Short Term
Memory')
Stor memori
ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan
jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
Contoh:
kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya
kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
Proses ini
dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang
nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
Ingatan Jangka Panjang ('Long Term
Memory')
Ingatan
Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat
dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
Ahli-ahli
psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak
dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita
masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah.
Ini
bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali
IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Input tentang
pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan
konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik
“Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta
dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan
Bahan
pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula
dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar
menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar
topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar
awal dan ciri-cirinya.
Idea
dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun
isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang
berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti
mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang
demikian, pelajaran akan lebih bermakna
Menambat
konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan
ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu
dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara
tersusun.
Pembelajaran
deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum
memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang
konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi
sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.
ANALISIS SWOT MODEL PEMPROSESAN
MAKLUMAT
KELEBIHAN
|
KELEMAHAN
|
KEBAIKAN
|
KESAN
|
· guru
boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, hukum, prinsip atau
teori matematik.
· menerangkan
sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar.
· Prinsip
daripada yang mudah (asas) ke yang kompleks.
· Persekitaran
pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.
· Guru
boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang
penting di papan hitam
|
· Jika
sesuatu maklumat tidak diproses,ingatan jangka pendek akan hilang serta
merta.
· Guru
perlu membentuk respon yang betul, untuk membolehkan kanak-kanak menyebut dan
menulis respon dengan betul.
· Bantu
pelajar membuat banding beza situasi untuk mengenal pasti perbezaan dan
persamaan.
· Hanya
menggunakan pembelajaran yang diprogramkan sahaja
· Memerlukan
guru menyediakan bahan P&P yang banyak dan menarik untuk sentiasa menarik
fokus murid.
|
· Guru
dapat menjimatkan masa.
· Penerangan
bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan
dijelaskan mengikut urutan.
· Pelajar
dapat membentuk konsep yang baik.
· Persekitaran
pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.
· Peranan
guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan
penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan.
· Pembelajaran
ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.
|
· sesuai
digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam
peringkat perkembangan.
· membolehkan
pelajar membuat diskriminasi dan generalisasi dengan tepat.
· membina
keyakinan pelajar dalam mencapai kejayaan.
· menekankan
kerja kumpulan dan kerjasama dalam pembelajaran.
· Pembelajaran
melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat
perbandingan
|
No comments:
Post a Comment