Thursday 23 April 2015

tugasan minggu 10

Minggu 10

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu



Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran
Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.

Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:

Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.
(i) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantĂș mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio:

Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
·         Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
·         Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
·         Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
·         Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
·         Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
·         Penggunaan elemen grafik dan visual
·         Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
·         Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Penggunaan elemen audio
Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan



Panduan meggunakan elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Analog
Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)

Digital
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan

Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:

(i) Membina bahan video
Langkah 1 & 2

Langkah 3


Langkah 4


Langkah 5


Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.

Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.



Video Yang Dihasilkan 

tugasan minggu 9

Minggu 9

Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad pengumuman

Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.
Prosedur pengeditan
Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.
Langkah-langkahnya ialah:
Langkah 1 & 2


Langkah 3



Langkah 4


Langkah 5


Langkah 6


Langkah 7


Langkah 8


Langkah 9 ( langkah akhir)



tugasan minggu 8

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian

Pengenalan
Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan  kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet 
Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian
i. Dapat mengakses bahan dengan cepat
ii. Kepelbagaian bahan di internet
iii. Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan


Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian:
i.              Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar
ii.             Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii.            Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband) 
Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:
1.    Permainan
2.    Audio/lagu
3.    Gambar
4.    Teks dan dokumen
5.    PDF
6.    Video

KENAPAKAH 'E-LEARNING' PERLU DIGUNAKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA?
 'E-learning'  membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan  lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pernbelajaran mereka.
Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulanyang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
E-learning'  yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator.
Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan  secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan  isi pelajaran dengan berkesan dan menarik.


tugasan minggu 7

Tugasan Minggu 7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Model Pemprosesan Maklumat
Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.  Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.

Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat
i.              Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat 
ii.             Pengaliran maklumat dua hala 
iii.            Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan. 
iv.           Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. 


Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
 Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. 

Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')
Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. 
Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. 
 Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali
IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan
Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.
 Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna
 Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.
Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.

ANALISIS SWOT MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

KELEBIHAN

KELEMAHAN

KEBAIKAN

KESAN
·         guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, hukum, prinsip atau teori matematik.
·         menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar.
·         Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang kompleks.
·         Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.
·         Guru boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting di papan hitam
·         Jika sesuatu maklumat tidak diproses,ingatan jangka pendek akan hilang serta merta.
·         Guru perlu membentuk respon yang betul, untuk membolehkan kanak-kanak menyebut dan menulis respon dengan betul.
·         Bantu pelajar membuat banding beza situasi untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan.
·         Hanya menggunakan pembelajaran yang diprogramkan sahaja
·         Memerlukan guru menyediakan bahan P&P yang banyak dan menarik untuk sentiasa menarik fokus murid.
·         Guru dapat menjimatkan masa.
·         Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan.
·         Pelajar dapat membentuk konsep yang baik.
·         Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru.
·         Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan.
·         Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.
·         sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan.
·         membolehkan pelajar membuat diskriminasi dan generalisasi dengan tepat.
·         membina keyakinan pelajar dalam mencapai kejayaan.
·         menekankan kerja kumpulan dan kerjasama dalam pembelajaran.
·         Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan


tugasan minggu 6

Tugasan Minggu 6

-     Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
-  Membina perpautan dan penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.


Pengenalan 

  • Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain
  • Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
  • Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.







Banyak perpautan telah digunakan dalam tapak pembelajaran yang saya buat.

Perpautan juga boleh digunakan dalam tutorial pembelajaran untuk menarik minat pelajar.


Wednesday 25 March 2015

tugasan minggu 5

Tugasan Minggu 5

Tugasan Amali
Membina dan  Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·   Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·   Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·   Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
·   Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
·   Membina tapak pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog VLE.




Tapak Pembelajaran Keselamatan Jalan Raya ( Kata Adjektif)



Tutorial Kata Adjektif


Monday 23 March 2015

tugasan minggu 4


Minggu 4
Internet merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik. Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.
i.   10 bahan audio
ii.  10 bahan video
iii. 10 bahan teks
v. 10 bahan grafik

i. Bahan Audio
Bil.
Tajuk
1.
Lagu Cermat Tiba
2.
Lagu "Hentikan" Kemalangan Di Jalan Raya
3.
Lagu Anak Indoensia "Utamakan Keselamatan" , Budi Pekerti, tertib berlalu lintas, TK dan PAUD
4.
Lagu Cermat Tiba Selamat Vokal
5.
Lagu Pelopor Keselamatan Berlalu Lintas
6.
Ayo Mudik - Selamat Pulang Kampung
7
Lagu Keselamatan Jalan Raya (Road Safety Song)
8.
Keselamatan Jalan Raya Untuk Kanak-kanak (Road Safety for Children )
9.
Keselamatan Jalan Raya Kanak-kanak (Child Road Safety)
10.
Lagu Keselamatan Jalan Raya 2013 (Road Safety Song 2013)

ii. Bahan Video
Bil.
Tajuk
1.
Panduan keselamatan jalan raya 21
2.
Video Keselamatan Jalan Raya
3.
Utamakan Keselamatan Anda
4.
Iklan : Keselamatan Jalan Raya
5.
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
6.
Panduan Keselamatan Jalan Raya
7.
Berhati hati di jalan raya - CERDIK SIVIK ABOT
8.
Etika Keselamatan Jalan Raya
9.
Video Kempen Keselamatan Jalan Raya KBMC 2014
10.
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

iii. Bahan Teks
Bil.
Tajuk
1.      
Punca-punca dan cara mengatasi kemalangan jalan raya
2.      
Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya.
3.      
Faktor-Faktor Kemalangan Jalan Raya
4.      
Sebab-Sebab Meningkatnya Kemalangan Jalan Raya
5.      
Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Semua Pengguna
6.      
Keselamatan jalan raya tanggung jawab bersama – JKJR
7.      
Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama
8.      
Keselamatan Jalan Raya
9.      
Langkah-langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan Raya
10.   
Karangan Ceramah Keselamatan Jalan Raya
iv. Bahan Grafik

 

Image result for poster keselamatan jalan raya
Image result for poster keselamatan jalan rayaImage result for poster keselamatan jalan raya