Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Pengenalan
Pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang
menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan
ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara
tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat
murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
Menentukan peringkat pengajaran dan
kemahiran bahasa.
Sebelum
membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu,
terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah
berkaitan dengan
(i) Penentuan
peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran
bahasa
(i) Penentuan
peringkat pengajaran
Peringkat
pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan
bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai
penggunaan bahan video dan audio.
Peringkat pengajaran boleh
dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:
Sekiranya
penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru
dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.
(i) Kemahiran
Berbahasa
Seperti yang
diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu
kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan
audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini
sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada
hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran
membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantú mengajar
pada hari itu kerana ianya tidak relevan.
Menentukan prinsip pembinaan bahan
video dan audio.
Pendedahan
kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan
multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu
teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan
bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan
audio:
Penggunaan elemen teks
Dalam
menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses
penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan
gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting
dalam menyampaikan P&P.
·
Pastikan
teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
·
Gunakan
typeface dan fon yang bersesuaian.
·
Pastikan
teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
·
Pemilihan
jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan
suasana persembahan.
·
Pastikan
fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
·
Penggunaan
elemen grafik dan visual
·
Grafik
merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak
seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
·
Grafik
merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu
proses penyampaian maklumat.
Sebagai
contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan
sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia
boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan elemen audio
Audio atau
bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik,
suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau
kesan audio istimewa.
Penggunaan
audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu
proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali
bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu.
Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang
menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan
Panduan meggunakan elemen video
Video
merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik
berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi
seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan
dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Analog
Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)
Digital
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan
Video analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bermagnet)
Digital
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan
Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi
merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau
memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik.
Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih
memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk
diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh
menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada
sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi
kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu
menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi
membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau
proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan
seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh
digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk
menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh
disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat
pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video.
Antaranya ialah:
(i) Membina
bahan video
Langkah 1
& 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Membina bahan
audio
Audio dibina
menggunakan easy MP3 sound recorder.
Bahan audio
ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil
rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan
pencarian bahan dilakukan nanti.
Video Yang Dihasilkan
No comments:
Post a Comment